Thursday 19 February 2015

KUDOAKAN JUMAAT CUTI, SELANGOR

Salam Jumaat yang barakah..

Seronok rasanya kalau setiap Jumaat macam ni. Satu negara bercuti. Bolehlah mak2 macam saya masak, sediakan baju siap iron utk anak dan suami.

Sebelum ke mashid boleh makan siap2. Wangi2 je pergi masjid.

I wish Selangor akan cuti hari Jumaat. =)

Semangat lunch hari ni: daging paprik, sayur campur, bawal goreng, cencalok, ikan bilis goreng kicap.

Alhamdulillah..kenyang.

Wednesday 18 February 2015

REVIEW: SUP MELETUP (SODAPP)

Assalamualaikum.

Okay hari ni kami sangatlah busy ke hulu ke hilir bagi memenuhi kehendak mata. Window shopping dan aim beberapa barang out door yang akan disambar dalam March nanti. 4 men tent, fly, stove, wind breaker jacket..semua lah!

Dari Mines, Buy Sale Trade, Cash Converters, dan Evergreen Advanture, Kenanga. Amatlah mendukacitakan. Barangnya tak ada, ada juga yang tutup sebab semua amoi2 cun dah start cuti raya. Sob sob..

Tapi tak berputus asa, kami ke IOI city mall Putrajaya. Dapat la 2 helai seluar yang agak smart untuk digayakan berout door. Santekk!!

Lepas makan agak kelaparan, saya decide untuk menyantap di Gerai Sup Meletup, Sg.Chua Kajang. Gerai ni share lokasi dengan tempat cuci kereta, opposite 7E.

Ni nak cakap, makan kat sini confirm tak menyesal. Sebab amatlah sedap. Semua makanan dia berasa. Tukang masak nama Siti ni sangat pandai masak. Saya and family memang favorite makan kat sini.

Jadi korang try la makan sini. Paling sedap adalah kailan ikan masin dia..umpphhh.

Nasi putih, kailan ikan masin dan nescafe O ais, thorbaikkk..

Note:
Saya suka makan sebelah malam je kat Sup Meletup ni sebab saya tahu Siti yang masak, confirm sedap. Sebelah siang shift orang lain, sedap juga kot. Tapi tak pernah try..

Peacee!!

Tuesday 17 February 2015

HASIL TUAIAN CAMERON HIGHLAND

Bila ke Cameron Highland semua orang mesti singgah membeli belah ye tak? Tak terkecualilah kami ni. Cuma saya tak excited dengan strawberry okay. Kami gila sayur! Haha..

Hasilnya adalah, saderi, capcicum pelbagai color, pucuk labu, timun jepun, kobis ungu, brokoli, lobak, dan strawberry(ada juga, sebab anak teruna nak sangat).

Cuma, bila balik baru perasan..kalau tak pandai pilih, sebab rambang mata, ada sesetengah sayur dekat bawah lebih murah daripada kat Cameron. Ciss mak tertipu. Tapi nasib baik lah freshhh.

Hasilnya..tadaaa..
Hiris halus, campur mayonis, thousand island, bbq sauce dan ayam yang dihiris nipis. Sukanye la Dak Gomok and Cek Mat makan.

Saya pun dapat sesuatu..ehem2.
Dak Gomok bagi sekuntum masa sibuk2 beli sayur. Sebab jagakan dia masa sakit atas Irau. Sooo sweet!

Happy day =)


IRAU MOUNTAIN, CAMERON HIGHLAND, PAHANG

KEMBARA GUNUNG IRAU 140215

Okay, minggu lepas kitorang sempat escape sekejap daripada rutin harian. Tiap2 minggu asyik lepak kat rumah je bosan juga. So bila Cik Puan Rozita ajak kami hike ke Gunung Irau, terus say yes. Lagipun Irau ni memang la my favourite sangat sebab Mossy Forest nya yang awesome. Sejak menjejak kaki kali pertama 2013 dulu, terus jatuh chentaa..


Here some facts about Irau;

1) Terletak di Cameron Highland, Pahang
2) Ada Mini Irau(Base camp) dan Irau sebenar.
3) Sejuk, untuk berkhemah sediakan equipment secukupnya.
4) pengambaran Filem Puteri Gunung Ledang dibuat disini
5) Irau asalnya adalah dasar lautan yang ditolak ke atas oleh kerak bumi semasa proses peralihan kerak bumi dan menjadi gunung
6) Irau adalah antara gunung tercantik di Malaysia, ia ditumbuhi lumut yang sangat cantik. Confirm hati terpaut.
7) tahap pendakian: sederhana. Tak la susah sangat.
8) sejuk berangin, sesekali awan akan bertiup ke arah anda. Best!
9) Lumut yang tebal adakala mengelirukan, samada anda berdiri atas tanah atau dahan pokok yang penuh lumut tebal.(tak sedar anda sebenarnya di atas pokok)
Dan banyak lagi..

PERSEDIAAN:


Bagi sesiapa yang masih setahun jagung dalam dunia perkhemahan dan hiking ni, sini saya share sikit barang2 yang you all perlu ada terutama untuk tempat macam Irau ni(tiada sumber air) :


1) Baju sepasang (pakai), baju 2 pasang (pack)

2) baju sejuk/wind breaker
3) 2 helai stokin (atleast)
4) glove
5) snow cap
6) wet tissue (untuk bersuci)
7) plastik kecil (untuk isi wet tissue kotor, JANGAN BUANG MERATA2)
8) plastik sampah hitam heavy duty (isi baju bersih dalam tu)
9) headlamp
10) spray (untuk berwuduk)
11) air (bergantung kepada jumlah hari camping)
12) khemah/fly
13) sleeping mat
14) blanket foil
15) blanket/ sleeping bag
16) stove + gas
17) periuk & kuali (bawa periuk je pun boleh)
18) barang memasak/ration
19) kurma/chocolate/madu (utk tenaga)
20) garam (utk kemungkinan cramp)
21) tali rafia
22) pisau
23) lighter

Ada apa lagi tertinggal tak? ermm..


Actually, tak semestinya semua barang ni kena bawa setiap sorang, boleh juga share2 untuk mengurangkan beban pinggang. Kenapa pinggang? sebab beg yang baik akan menumpukan beban di pinggang, bukan bahu.


14 FEB 2015 (1.30 AM)

Kami mula perjalanan dari Putrajaya (2 kereta) ke Cameron Highland. Sepanjang perjalanan try la juga tahan mata sebab nak teman Dak Gomok drive. Tapi maafkan saya Dak Gomok, mataku tak tertahan lagi. So kami sampai di Cameron Higland dalam pukul 7 pagi. Kenapa lambat? sebab driver kereta satu lagi berhenti tidur kat RNR. huhu..

DAFTAR DI BALAI POLIS

Sebelum mulakan hiking, kami print out nama dan IC untuk bagi kepada Balai Polis Brinchang. Benda ni penting, mana tahu injured/hilang dalam hutan tu nanti. At least kita dah buat report. Polis akan hantar bantuan jika kita tak dapat dihubungi selepas tamat tempoh yang dicatatkan.

MULA MENDAKI

Sebelum mendaki, macam biasa doa. Minta dipermudahkan pendakian kali ni oleh Allah. Sesungguhnya dalam hutan tu ada macam2 makhluk dan bahaya. Lebih kurang 8.30 pagi kami mula mendaki. MasyaAllah beratnya bag. Cik Puan Rozita ni nak masak macam2 kat atas nun. So kami bahagikan semua ration untuk setiap orang bawa. Berat beg saya Lebih kurang 10kg, and berat beg Dak Gomok lebih kurang 15kg. Kesian beliau..

Ahli2 yang mendaki seramai 8 orang: Saya =), Faiz(dak gomok), Cik Puan Rozita, Bro Din, Kak Midah, Cek Mat(my boy), Amanda & Arianna. Ada 3 orang kanak2 okay..tercabar tak you all? Heheh..


SEPANJANG PENDAKIAN

Azabnya tuhan saje yang tahu.Sebelum ni saya free body je hike. Selesa sangat. Tapi kali ni dengan berat 10 kilo kat belakang, mahu patah pinggang. Bahu rasa nak roboh. Dak Gomok apatah lagi, bahu beliau yang injured 3 tahun lepas tak berapa baik lagi. 15 kg pulak kat belakang. Agak kerap juga berhenti sebab tak tahan berat. Budak2 3 orang tu rileks sangat, barang tak berat sangat diorang bawa and energy budak2 ni memang superb!

Sepanjang perjalanan view dan suasana Subhanallah cantik. Walaupun belum sampai di Mossy Forest sebenar, kami dah pun enjoy. Ada certain area yang jadi laluan kabus, so stop sekejap hirup udara segar. Kat Bangi asyik sedut asap je. Huhu.. Dalam beberapa keadaan kami tak sedar mendaki sampai atas pokok sebab pokok tu diselaputi lumut. Bila hentak2 akan dapat dengar bunyi lompong, yang mana sebenarnya kita berdiri atas lumut tebal, bukan tanah!



 Cek Mat nak pos kat pokok yang penuh lumut ni..


 Dak Gomok pun nak menempel juga..hihi



Terjumpa pulak pokok berlumut yang lawa kenmain



SAMPAI DI MINI IRAU

Ok, Irau ni ada dua point. Satu di Mini Irau dan lagi satu Irau itu sendiri. Mini Irau adalah tempat pertama kita akan sampai. Lebih kurang 11.45 kami sampai di Mini Irau. Saya dan Dak Gomok last sampai sebab Dak Gomok banyak kali stop, bahu beliau tak tahan. Mungkin sebab besi yang duk kat tulang bah utu mengganggu. Dan masa nak dekat sampai azabnya berganda bila peha beliau pulak cramp. Kami ni takde warmup apa pun sebelum mendaki, so itulah balasannya. 

Sampai je di Mini Irau, kami terus setting khemah. Cik Puan Rozita dah ready nak memasak. Menu first kami adalah chicken chop. Hambek kau, mana nak dapat chicken chop tengah2 hutan ni kalau bukan sebab Che Ta kita..hahaha. Dak Gomok pulak rest2, betul2kan urat kaki yang terpeleot. Beliau makan garam sikit (tips kalau cramp), sebab cramp kat peha tadi nak beralih ke peha lagi satu pulak.



Gambar ni je yang ada dalam simpanan. Gambar ramai2 ada pada Kak Midah


BERMALAM DI MINI IRAU
Kami putuskan untuk bermalam di Mini Irau sebelum sambung ke Irau esok paginya. So petang tu kami dinner pulak, kali ni Che Ta masak nasi lauk tomyam dan sambal hitam Pahang. Inilah hasilnya beban yang kami tanggung tadi. Bebraloi2.. Kalau mendaki ni, sila2 la makan nasi atau makanan berat ye kawan2. Jangan makan mi segera. Bimbang2 pengsan sebab tak cukup tenaga(dah banyak kali kes macam ni).

Lepas makan Dak Gomok kena headache pula. So dalam keadaan sejuk ni sangat la membimbangkan. Saya pakaian stokin dan balut kakinya dengan plastic hitam heavy duty sebelum diselimutkan dengan selimut tebal. Pukul 8.30 malam semua dah lelap. Cuma saya dan unggun api yang dipasang dek Bro Din je masih belum padam. Saya tak boleh tidur sebab terdengar cik tikus tengah kerit plastik makanan.


Pukul 9 malam Dak Gomok terjaga juga sebab dengar bunyi plastik digigit tikus. Tikusnya besar baq hang, macam anak kucing 2 bulan. Alang2 terjaga, kami bangun untuk solat isyak jama’ dengan maghrib. Ambik wuduk pakai spray sebab nak jimatkan air. Kalau nak memerut/buang air kecil, inilah masa digunakan wet tissue. Wet tissue yang dah digunakan, masukkan ke dalam plastic kecil. Jangan jadi macam sesetangah pendaki, dekat area tapak khemah ni bersepah wet tissue, dorang buang je kt dalam hutan tu. Tak ada kesedaran sivik langsung! Suka hutan sanggup mendaki bagai, tapi tak jaga kebersihan hutan. Cisss!!!


Last2 kami tidur juga, buat tak tahu je tikus tu. Lantak pi depa la..


MENDAKI KE PUNCAK IRAU

6.30 pagi kami bangun dan solat subuh. Berkemas dan bersiap meneruskan pendakian ke puncak Irau. Kali ni kami tak sarapan dulu, kami akan sarapan di Irau. Alas perut dengan roti coklat dan kurma saja.
Kali ni tak banyak barang kami bawa. Sebahagian barang tinggal di camp site, tutup elok2.

Perjalanan tak ambik masa yang lama sangat sepatutnya, tapi antara Mini Irau dan Irau inilah terletak Mossy Forest. Mana mungkin tak stop bergambar kan..view nya Subhanallah cantiknya. Siapa yang pertama kali ke sini mesti terpegun. Pokok2 dipenuhi lumut yang tak terusik. Banyak sangat angle untuk bergambar. Dekat sini saja kami habis masa hampir sejam. Pukul 10.30 kami sampai di Puncak Irau. Alhamdulillah..


Kat sini kami breakfast baked bean, roti telur, burger, dan cheese cake. Kebetulan hari ni birthday Amanda yang ke 8, so kami celebrate la sikit. Siap buat kad untuk si kakak ni. Kembang kembis hidungnya semua orang kat puncak tu nyanyi birthday song untuk dia..Hahaha



Hidung Amanda kembang kempis, adik kiss pipi. Kek Ibu Dang Anum buat. Suka lettew!



 Masa ni baru nak start ke Puncak Irau dari Mini Irau..Go daddy go!



Pose dengan Arianna yang gagah memanjat.


Ibu dengan Cek Mat di Mossy Forest


 Cek Mat bergambar di Mossy Forest, ala2 Fangorn Forest Lord of The Rings kan?


 Dak Gomok suka aksi berkuda ni. Kami pun tak faham, snap je la..hehe


Subhanallah..cantik sangat lumut ni bila tengok dari dekat.


TURUN KE CAMP SITE MINI IRAU

Lebih kurang 12 tengahari kami turun semula ke Mini Irau. Mesti cepat sebab kami nak sampai semula ke bawah sebelum gelap. Sampai di Mini Irau, kemas2 dan terus gerak turun. Cuaca tak sejuk sangat sebab dah tengahari. Kali ni takde la azab sangat sebab semua makanan yang berat2 dah semua kena telan.

TURUN DARI MINI IRAU KE BAWAH

Che Ta gerak awal sebab dia bawa beban paling banyak. Maklum lah, dia otai group ni. So saya jadi sweeper, gerak paling belakang sebab nak guide budak2. Amanda & Arianna slow sikit kali ni. Apapun salute sangat pada budak2 ni sebab energy dan semangat diorang. Umur 7,8 dan 9 tahun.

Actually Irau ni boleh tahan kepayahan dia sebab banyak akar kayu berselirat. So bayangkan kami yang tua ni pun agak payah nak panjat akar2 ni, diorang bertiga boleh buat sampai habis. Tips untuk parents yang nak bawa anak hiking, kalau diorang boleh jalan, jangan sesekali dukung. Biar dia explore dan belajar sendiri macam mana nak panjat. Diorang akan ada idea mana nak pegang, mana nak pijak, mana nak melutut.


Lebih kurang pukul 5 saya dan Arianna sampai, selepas dipotong ramai pendaki. Arianna pancit sikit kali ni, sebab tapak kaki dia cramp. Sian adik..huhu. Che Ta sampai awal, 3.30 dia dah sampai. Sesampainya kami, nasib baik Che Ta dah masak. Lepas bersihakn diri dan solat,kami makan dengan lahapnya. Hahaha..


BALIK SEMULA KE BANGI

Alhamdulillah, aktiviti kali memang best walau sedikit azab. Sebab kali ni pergi dengan anak dan suami. I takkan pergi aktiviti if you taka da okay..hehe. Ingatkan Dak Gomok serik taknak hiking lagi. Alih2 dia cakap kat Che Ta, kalau ada trip nak ke Air Terjun Jerangkang, bagi tau lah. Nak ikut. Aik..

Smoga sharing saya ni, membantu sedikit sebanyak sesiapa yang nak ke Irau atau yang baru nak berjinak2 dengan pendakian/perkhemahan. Korang memang akan penat gila, bagi amaran siap. Tapi, pengalman ni korang takkan dapat beli kat mana2. Ada harta berkoyan pun tak leh beli tau. Superb!


Assalamualaikum wbt.. =)